KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP 2/2017)

Pada 25 Februari 2017 (Sabtu) telah diadakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP 2/2017) bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Terdapat dua slot iaitu slot 1 dan 2. Slot 1 dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut keperluan guru.

SLOT 1
Kumpulan A : Taklimat Pengurusan Balapan dan Padang

Penceramah :
1) En. Hafis Bin A. Samad
2) Pn. Faridah Binti Zakaria
3) En. Nazari Bin Md. Jais













Kumpulan B : Kursus Pembangunan PSS







SLOT 2
Standard Kualiti Kecemerlangan Pendidikan Malaysia (SKPM G2)

Penceramah : En. Lee Kon Lee (Jemaah Nazir Sekolah Negeri Melaka)


Majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada penceramah. Jutaan terima kasih daripada pihak sekolah.



Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

ASHAH FITRAH DARI SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA, SARJAN KADET TERBAIK WANITA 2017

Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Pasukan Kadet Bomba Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017 telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat, Air Keroh Melaka.

Kursus ini bermula pada 22 Februari 2017 dan berakhir pada 24 Februari 2017 bertujuan mewujudkan satu sistem latihan yang bersistematik dan berterusan bagi melahir dan mengekalkan pegawai bomba yang profesional, berintegriti dan kompeten terhadap tugas dan tanggungjawabnya.




KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2017

Tarikh:14 Februari 2017
 Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah dapat membina dan memupuk nilai-nilai disiplin, kerjasama, daya saing dan daya juang dalam kalangan murid.