ASHAH FITRAH DARI SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA, SARJAN KADET TERBAIK WANITA 2017

Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Pasukan Kadet Bomba Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017 telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat, Air Keroh Melaka.

Kursus ini bermula pada 22 Februari 2017 dan berakhir pada 24 Februari 2017 bertujuan mewujudkan satu sistem latihan yang bersistematik dan berterusan bagi melahir dan mengekalkan pegawai bomba yang profesional, berintegriti dan kompeten terhadap tugas dan tanggungjawabnya.