SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Thursday, May 29, 2014

Bola Tampar

Tahniah untuk pasukan bola tampar atas kejayaan mereka sebagai Johan Kawasan Bukit Cina. Pn Norziah sebagai Pengurus Pasukan dan Pn Farah James sebagai Jurulatih pasukan.


Bola Baling -Johan Kawasan

Pasukan Bola Baling SMK TInggi Perempuan Melaka telah menjadi Johan Kawasan Bukit Cina. Mereka dilatih oleh En Nazari Md Jais.  Tahniah diucapkan kepada semua.


Bola Jaring -Naib Johan Kawasan

Pasukan Bola Jaring SMK Tinggi Perempuan Melaka telah menjadi Naib Johan Kawasan Bukit Cina. Mereka telah berjuang berhabisan di peringkat akhir kejohanan. Tahniah atas semangat juang yang tinggi.


Syarahan- Johan

SMK Tinggi Perempuan Melaka menjadi Johan Syarahan yang telah di adakan di SMK Sultan Muhammad. Adik Ainul Mardiah (2RK2) adalah serikandi SMKTPM.

Ceramah Israj Mikraj

Ceramah Israj Mikraj telah diadakan pada 23 Mei 2014 di Dewan Sekolah SMK Tinggi Perempuan Melaka. Penceramah Ustaz Mohd Fauzi bin Jaafar menekan pentingnya solat, membaca al-quran, berzikir dan mengamalkan sunnah rasullullah yang mudah seperti mendahulukan yang kanan.

Ceramah disampaikan dalam keadaan santai, berjenaka tetapi memberi kesan yang mendalam dalam jiwa. Diharap pelajar akan mengamalkan tips-tips yang diberi untuk menjadi insan yang berkualiti dunia dan akhirat.

Hoki - Johan Kawasan Bukit Cina