Kamar Selesa Mara Ke Peringkat Kebangsaan

Kamar Selesa SMK Tinggi Perempuan Melaka. berjaya memasuki peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Tandas Berkuatili. Di bawah adalah transformasi kamar selesa di SMK Tinggi Perempuan Melaka.
Pelajar bergotong royong menceriakan kamar selesa.















Persaraan Tuan Hj Jamaludin

9 Julai 2014- Terimakasih di atas sumbangan Tuan Hj. Jamaludin  b. Hj Mohamad selama 13 tahun di SMK Tinggi Perempuan Melaka. Jasamu sentiasa dikenang. Selamat Bersama.


Majlis Perpisahan GPK 1

11 Julai 2014- TAHNIAH diucapkan kepada Pn Noor Laila Hamzah (GPK1) SMK Tinggi Perempuan Melaka yang telah dilantik menjadi Pengetua di SMK Air Molek. Terimaksih atas khidamt yang dicurahkan di SMK Tinggi Perempuan Melaka. Jasamu sentiasa dikenang. Selamat Menjalankan Tugas.



Majlis Khatam Al-Quran dan Infaq

Majlis Khatam Al-Quran dan Infaq telah diadakan pada 25 Julai 2014. Majlis Khatam telah diketuai oleh Imam Sharif(Imam dari Mekah). Sementara pemberian infaq kepada pelajar disumbang oleh warga sekolah yang prihatin dan alumni SMK Tinggi Perempuan Melaka.    

Sukan Tahunan ke 51

Pada 26 Jun 2014 telah berlansung sukan tahuinan SMKTPM ke-51. Rumah Hijau telah menjuarai sukan kali ini. Olahragawati di sandang oleh Nurul Natasya Musa dari rumah hijau. Tahniah diucapkan kepada semua dalam menajayakan sukan kali ini.

Bola Tampar

Tahniah untuk pasukan bola tampar atas kejayaan mereka sebagai Johan Kawasan Bukit Cina. Pn Norziah sebagai Pengurus Pasukan dan Pn Farah James sebagai Jurulatih pasukan.


Bola Baling -Johan Kawasan

Pasukan Bola Baling SMK TInggi Perempuan Melaka telah menjadi Johan Kawasan Bukit Cina. Mereka dilatih oleh En Nazari Md Jais.  Tahniah diucapkan kepada semua.


Bola Jaring -Naib Johan Kawasan

Pasukan Bola Jaring SMK Tinggi Perempuan Melaka telah menjadi Naib Johan Kawasan Bukit Cina. Mereka telah berjuang berhabisan di peringkat akhir kejohanan. Tahniah atas semangat juang yang tinggi.


Syarahan- Johan

SMK Tinggi Perempuan Melaka menjadi Johan Syarahan yang telah di adakan di SMK Sultan Muhammad. Adik Ainul Mardiah (2RK2) adalah serikandi SMKTPM.

Ceramah Israj Mikraj

Ceramah Israj Mikraj telah diadakan pada 23 Mei 2014 di Dewan Sekolah SMK Tinggi Perempuan Melaka. Penceramah Ustaz Mohd Fauzi bin Jaafar menekan pentingnya solat, membaca al-quran, berzikir dan mengamalkan sunnah rasullullah yang mudah seperti mendahulukan yang kanan.

Ceramah disampaikan dalam keadaan santai, berjenaka tetapi memberi kesan yang mendalam dalam jiwa. Diharap pelajar akan mengamalkan tips-tips yang diberi untuk menjadi insan yang berkualiti dunia dan akhirat.

Hoki - Johan Kawasan Bukit Cina



Khidmat Masyarakat di Kantin

SEKOLAH  MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI PEREMPUAN MELAKA
PANITIA SIVIK KEMASYARAKATAN - PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

KEBERSIHAN KANTIN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
TARIKH: 4 APRIL 2014 (
PELAJAR TINGKATAN 3K1)
DIBAWAH BIMBINGAN PUAN NOOR LAILA HAMZAH


 MURID MEMBERSIHKAN SINKI TEMPAT BASUH TANGAN MENGELAP LANTAI MENYUSUN MEJA DAN KERUSI 

Mesyuarat PIBG 2014

Mesyuarat PIBG telah dilangsungkan dengan jayanya pada 7 Mac 2014. Terimakasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir.



Voucher Buku 2014

Majlis Penyampaian Voucher Buku kepada semua pelajar Tingkatan 6 telah disempurnakan oleh YB Datuk Zaini B Mohamad Pengerusi Japerun DUN Duyung pada 7 Mac 2014. Terimakasih diucapkan.Semoga voucher buku itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar  tersebut.



Program Kepimpiman Pelajar

Program kepimpinan pelajar telah diadakan pada 5 Feb dan 7 Feb lepas bagi melahirkan pemimpin pelajar yang berkaliber dan dapat menguruskan kelab dan persatuan dengan lebih baik dan efisien.


Majlis Penyampian Watikah

Majlis Penyampaian Watikah dan Perlantikkan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan serta Skuad 3K telah diadakan pada 3 Feb 2014. Majlis tersebut dirasmikan oleh En. Mohd Zulhijri b. Sabtu, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar JPN Melaka.

Guru Penyayang

Majlis Pelancaran Guru Penyayang telah diadakan pada 6 Januari 2014 (Isnin). Majlis dirasmikan oleh Pn Sri Hjh Norliah Adam. Antara objektif pelancaran ini ialah menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah. Kemuncak majlis pelancaran ialah sesi memotong kek sebagai simbolik penyambut hari lahir guru-guru dan pelajar SMKTPM. Antara program yang akan dijalankan bagi Program Guru Penyayang ialah Syoknya ke Sekolah, Lawatan Rumah Pelajar dan mentor-mentee.