SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya

Kad ucapan hasil karya Intan Nurhanis Zainal 1RK3

Program Infaq Ramadan 2012

15 Ogos 2012 - Program Infaq Ramadan, program ini bertujuan memupuk sifat prihatin dan peka terhadap golongan yang kurang berkemampuan, menggalakkan amalan sunat seperti menghulurkan bantuan, menghayati isi kandungan Al-Quran dan mengeratkan silaturahim. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran. Seterusnya Ceramah oleh Imam Mohamed Sharif Mohamed Imrani (Imam dari Makkah), Ucapan Aluan Pengetua , Ucapan Perasmian oleh En Amzah Osman (YDP PIBG SMKTPM) dan diakhiri dengan Penyampaian Infaq.

Imam Mohamed Sharif menekankan pentingnya menjaga ibu-bapa. Ibu adalah syurga  dan ayah adalah pintu syurga. Kejayaan kita didunia adalah dengan berkat doa dan keredhaan kedua ibu-bapa kita.

Majlis Permuafakatan Islam SMKTPM penganjur program ini mengucapkan terimakasih atas sumbanngan derma yang telah diberikan dan kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan program ini.


Monday, August 13, 2012

Markah Percubaan PMR

Guru-guru boleh memasukkan markah percubaan PMR di laman sesawang http://saps.moe.gov.my dari 1/8/2012 hingga 30/8/2012

Infaq Ramadhan

Infaq Ramadhan akan diadakan pada 15 Ogos 2012 di Dataran Ilmu. Sesiapa yang berminat boleh membuat sumbangan melalui Pejabat SMKTPM.