Program Infaq Ramadan 2012

15 Ogos 2012 - Program Infaq Ramadan, program ini bertujuan memupuk sifat prihatin dan peka terhadap golongan yang kurang berkemampuan, menggalakkan amalan sunat seperti menghulurkan bantuan, menghayati isi kandungan Al-Quran dan mengeratkan silaturahim. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran. Seterusnya Ceramah oleh Imam Mohamed Sharif Mohamed Imrani (Imam dari Makkah), Ucapan Aluan Pengetua , Ucapan Perasmian oleh En Amzah Osman (YDP PIBG SMKTPM) dan diakhiri dengan Penyampaian Infaq.

Imam Mohamed Sharif menekankan pentingnya menjaga ibu-bapa. Ibu adalah syurga  dan ayah adalah pintu syurga. Kejayaan kita didunia adalah dengan berkat doa dan keredhaan kedua ibu-bapa kita.

Majlis Permuafakatan Islam SMKTPM penganjur program ini mengucapkan terimakasih atas sumbanngan derma yang telah diberikan dan kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan program ini.