SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Wednesday, January 26, 2011

Lawatan Berpandu Pengawas Pusat Sumber Sekolah ke PERPUSTAM

Pada 26 Januari 2011 (Rabu), Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah menghadiri Lawatan Berpandu Program Pengenalan Kepada Perpustakaan yang diajurkan oleh PERPUSTAM.

Seramai 10 orang pengawas PSS SMK Tinggi Perempuan telah menghadiri lawatan berpandu ini. Sekolah yang terlibat adalah SMK Tinggi Melaka dan SMK Bukit Baru. Terima kasih kepada PERPUSTAM yang telah menjemput sekolah ini untuk lawatan tersebut. Diharapkan para pengawas PSS mendapat manfaat atas lawatan ini.








CERAMAH KESIHATAN

Pada 26 Januari 2011 (Rabu), telah diadakan Ceramah Kesihatan (Kanser Serviks - Pangkal Rahim) bertempat di Dewan SMKTPM. Ceramah ini disampaikan oleh Dr. Rohaiza Roslan daripada Poliklinik Komuniti Peringgit.