SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Saturday, January 8, 2011

Mesyuarat Kurikulum Bil.1

Pada 3 Januari 2011 bersamaan hari Isnin, satu Mesyuarat Kurikulum yang pertama telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada jam 2.30 petang.

Agenda mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit
3. Bangkitan Minit
4. Post Mortem PMR 2010
5. Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2010
6. Hal-hal lain

Terima kasih kepada para guru yang telah menghadirkan diri pada mesyuarat ini.

SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA

"SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN"

Friday, January 7, 2011

Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011

Apabila pelajar melangkah kaki ke Tingkatan 1, ia merupakan titik permulaan kehidupan pelajar di alam sekolah menengah. Maka pihak sekolah memikirkan amat penting diadakan satu Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 pada sesi 2011 sepertimana yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011 telah diadakan bermula pada 3 Januari hingga 7 Januari 2011. Program yang berjalan selama lima hari ini diadakan bertujuan mendedahkan pelajar kepada suasana, persekitara dan budaya di SMTPM, memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar berkaitan undang-udang dan peraturan sekolah, mendedahkan pelajar kepada pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah menengah serta menanam rasa cinta dan sayang akan sekolah dalam kalangan pelajar.

Pn. Noor Laila, Guru Penolong Kanan 1 SMKTPM sedang menyampaikan taklimat kepada para pelajar

Para pelajar sedang tekun mendengar taklimat

Para pelajar mencatat isi penting taklimat


Pihak sekolah mengharapkan pelajar baru ini dapat memanfaatkan segala kemudahan yang terdapat di sekolah ini sekaligus berusaha menjadi pelajar yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan para pelajar SMKTPM kerana "Kejayaan anda adalah kebanggaan kami".

Selamat Maju Jaya.


Sunday, January 2, 2011

MAJLIS PENDAFTARAN ASRAMA

Pendaftaran pelajar yang terpilih untuk tinggal di Asrama SMKTPM telah diadakan pada 2 Januari 2011 (Ahad). Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka, Datin Hjh. Norliah Bt. Adam. Turut hadir Guru Penolong Kanan 1 iaitu Pn. Noor Laila bt. Hamzah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn. Hjh. Rubaiya Bt. Abu Nawas, Ketua Warden Asrama, Cik Chua Poh Huay serta JK Pengurusan Asrama.

Majlis pada pagi ini dipenuhi dengan sesi taklimat dan pengagihan kamar kepada pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di asrama pada tahun ini. Menjelang tengah hari, semua urusan telah dapat dijalankan dengan sempurna dan jayanya.

Pengetua SMKTPM, Datin Hjh. Norliah Adam menyampaikan taklimat

Penyampaian taklimat daripada Pn. Hjh. Rubaiya Abu Nawas, Guru Penolong Kanan HEM SMKTPM

Antara Jawatankuasa Asrama yang hadir

Ibu bapa dan para pelajar sedang mendengar taklimat

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada para pelajar yang telah terpilih dan sekalung penghargaan kepada para guru yang dapat mengelolakan majlis ini dengan lancar.