Sambutan Maulidur Rasul

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Ilmu, SMKTPM pada 18 Februari 2011 (Jumaat).

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Rasullulah S.A.W, Nabi Muhammad S.A.W. Dengan mengingati baginda akan menambahkan lagi perasaan cinta dan kasih kepada baginda serta mengenang dan menghargai dan mengambil ikhtibar kisah suka duka perjuangan baginda.

Sambutan ini dimurnikan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan terjemahan oleh dua orang pelajar SMKTPM. Kemudian majlis diteruskan dengan nyanyian nasyid dan selawat ke atas Naabi S.A.W oleh semua pelajar dan guru. Ustaz Mohd Salleh bin Johari menyampaikan ceramah beliau mengenai sambutan Maulidur Rasul dan cara kehidupan Islam yang patut diterapkan dalam kehidupan umat Islam.

Terdapat beberapa soalan kuiz yang diajukan oleh Ustaz Mohd salleh dan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat diberikan hadiah. Semoga kehadiran Maulidur Rasul ini akan lebih menyemarakkan lagi ingatan kita terhadap Rasullullah yang tercinta. Marilah kita sama-sama memartabatkan syiar Islam dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.