MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA 2011

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2011 telah diadakan pada 17 Januari 2011 (Isnin) bermula bertempat di Dataran Ilmu, SMK Tinggi Perempuan Melaka. Majlis yang bertemakan "Bahasa Asas Kecemerlangan Modal Insan" telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKTPM iaitu Datin Hajah Norliah Binti Adam.

Antara matlamat pelaksanaan Bulan Bahasa adalah untuk:

  1. Melahirkan murid – murid yang tahu dan boleh menggunakan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Jepun dengan betul dan gramatis.
  2. Memupuk perasaan minat dengan aktiviti berbahasa.
  3. Melahirkan murid yang berkebolehan dalam bidang komunikasi dan penulisan.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Bahasa ialah :
  • Aktiviti Bahasa Cina
1) Pertandingan Menulis Esei Menengah Atas
2) Pertandingan Melukis Gambar Kata Hikmat

3) Pertandingan Menulis kaligrafi
4) Persembahan Tarian
5) Persembahan Koir

  • Aktiviti Bahasa Jepun
1) Pertandingan Menulis Katakana Tingkatan 2
2) Pertandingan Menulis Hiragana Tingkatan 1
3) Pertandingan Tarian Soran Bushi Tingkatan 2 hingga 5
4) Pertandingan Tarian Soran Bushi (Johan) - Majlis Penutup

  • Aktiviti Bahasa Melayu
1) Pertandingan Menulis Cerpen
2) Pertandingan Menulis Esei
3) Pertandingan Mengarang Sajak
4) Pertandingan Buku Skrap
5) Pertandingan Pidato
6) Pertandingan (Drama) Komsas
7) Pertandingan Mendeklamasi Puisi


  • Aktiviti Bahasa Inggeris
1) Spelling Bee
2) News Reading
3) Storytelling
4) Charades
5) Quiz /Crossword Puzzles
6) Creative Writing (Speech Bubbles)


Bacaan doa pimpinan Ustaz Mohd Salleh Bin Johari

Ucapan Perasmian Bulan Bahasa oleh Datin Hjh. Norliah Bt Adam

Penyampaian cenderahati daripada Bidang Bahasa disampaikan oleh GKMP Bahasa, Pn. Salmina Bt Suradi

Persembahan syarahan dalam Bahasa Inggeris

Persembahan lagu moral bertajuk "Kasih Sayang" oleh pelajar Bahasa Tamil

Persembahan tarian oleh pelajar Bahasa Cina

Persembahan Koir Bahasa Melayu diiringi pancaragam sekolah oleh pelajar Tingkatan 1RKM

Persembahan daripada pelajar 3RKM

ItalicTepukan gemuruh pentadbir atas persembahan menarik pelajar

Majlis berakhir pada jam 8.45 pagi. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.