SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Thursday, August 19, 2010

Pertandingan Kebersihan & Landskap Melaka Maju





18 April 2010, SMK Tinggi Perempuan Melaka sekali mencipta sejarah apabila terpilih sebagai wakil Daerah Melaka Tengah kategori sekolah menengah bagi Pertandingan Kebersihan dan Landskap sempena Melaka Maju 2010. Yang berusaha Datin Hajah Norliah binti Adam, pengetua telah menerima sijil dan sebuah plak peringkat pra penilaian daripada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Ali Mohd Rostam, Ketua Menteri Melaka yang diadakan dalam satu majlis di Dewan Bendahara, Seri Negeri Melaka. Kemenangan ini memberikan suntikan motivasi kepada semua warga sekolah untuk sama-sama menjaga kebersihan, keceriaan dan suasana harmoni di sekolah. Jawatankuasa 3K dan Kelab Alam Sekitar sentiasa mengatur dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memastikan seluruh warga sekolah menyahut seruan kerajaan negeri menjadikan sekolah ini sentiasa ceria. Menjadi harapan semua warga sekolah agar, SMK Tinggi Perempuan akan sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria, kondusif dan meningkat maju dalam semua aspek.

BULETIN NUR ROHANI - EDISI KHAS RAMADAN

Edisi 6 - Malam Lailatul Qadar


Daripada sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud " Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadan". Ada juga hadis yang menyatakan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadan. Oleh itu, kita handaklah mencari, memburu malam tersebut dengan beribadah yakni qiamullail, bersyukur dan berdoa dengan penuh keikhlasan, pengharapan dan rasa kehambaan terhadap Allah s.w.t.

Apakah tanda-tanda malam Lailatul Qadar?
Lailatul Qadar mempunyai beberapa tanda yang baik, secara langsung, antaranya:
  1. Sinar cahaya yang sangat terang berbanding dengan malam-malam sebeleumnya.
  2. "Toma'ninah iaitu ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman, berbeza dengan malam-malam ssebelumnya.
  3. Angin pada malam itu tidak berhembus kuat/kencang. Anginnya tenang dan nyaman, tidak sejuk dan tidak panas.
  4. Kenikmatan beribadah dapat dirasakan oleh seseorang lebih daripada malam-malam lain.

Tanda-tanda selepas berlakunya malam Lailatul Qadar

Matahari terbit dalam keadaan tidak silau dan tidak tersebar sinarnya, berbeza dengan hari-hari biasa.

Fadhilat Malam Lailatul Qadar

  1. Malam inilah Al-Quran diturunkan, menurut Ibnu Abbas, Allah menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Bait al-'Izzah di langit dunia. Kemudian Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasullullah s.a.w selama 23 tahun. Firman Allah surah al-Qadr ayat 1.
  2. Disifatkan lebih baik daripada seribu bulan, firman Allah surah al-Qadr ayat 3.
  3. Malam yang berkat, firman Allah surah al-Dukhan ayat 3.
  4. Turunnya para malaikat dengan izin Allah, selamat dan sejahtera sehingga terbit fajar, diceritakan dalam firman Allah surah al-Qadr surah 5 ayat 4.
"Marilah kita bersama-sama memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan ini untuk memburu malam Lailatul Qadar , malam yang sangat istimewa, malam yang penuh berkat. Allah memakbulkan doa/hajat, Allah mengampunkan dosa, serta banyak lagi kelebihan yang Allah anugerahkan kepada hamba-Nya yang bertuah kerana kita tidak pasti adakah kita akan dapat bertemu Ramadan tahun hadapan atau tidak. Wallahualam. Unit Pendidikan Islam

Tuesday, August 17, 2010

Bicara Tokoh - Motivasi Pelajar-Pelajar Asrama






Pelbagai usaha dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar asrama. Pada 7 Julai 2010 (Sabtu) program bicara tokoh telah diadakan di Surau SMK Tinggi Perempuan Asrama yang melibatkan 250 orang penghuni asrama. Tokoh yang dipilih merupakan bekas pelajar sekolah ini yang telah berjaya dalam kerjaya beliau sebagai seorang peguam. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Sharifah Noorin Alhabshi (LLB (Hons)I.I.U.M. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan motivasi pelajar asrama agar mencapai kecemerlangan baik dari aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Di samping itu, program ini mensasarkan usaha menanam kesedaraan agar pelajar mengingat dan sanggup kembali semula ke sekolah mencurahkan bakti setelah mencapai kejayaan kelak. Pelbagai ilmu dikongsi bersama-sama dengan Puan Sharifah Noorin yang mendorong pelajar-pelajar asrama berusaha bersungguh-sungguh dalam semua bidang yang diceburi.

Kursus Pengawas Asrama dan Ketua Tingkatan




Kursus Kepimpinan Pengawas-Pengawas Asrama dan Ketua Tingkatan serta Penolong Ketua Tingkatan telah diadakan pada 7 Julai 2010 (Sabtu) di Dewan SMK Tinggi Perempuan Melaka. Kursus tersebut berobjektifkan membina daya kepimpinan dalam kalangan pemimpin asrama dan ketua tingkatan. Kursus ini dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Murid di bawah penyelarasan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Asrama. Seramai 112 orang pemimpin pelajar telah terpilih mengikuti kursus tersebut. Penceramah luar yang terdiri daripada kaunselor cemerlang telah datang untuk mengisi program berbentuk LDK.

Monday, August 16, 2010

Iftar Jama'ie 1431 Hijrah



Program Iftar Jama'ie bersama dengan Jabatan Pendidikan Melaka. Kali ini Hajah Julia b. Haji Leman Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka serta empat pegawai lain iaitu Pn. Rosinah bt. Jantan (Unit Pra Sekolah), Pn. Kamsiah bt. Talib (Unit Sains Sosial), Pn. Rahimah bt. Fakir Mohd ( Unit Teknik Vokasional) dan Ustazah Shamsiah bt. Mahmod (Unit Pendidikan Islam) telah hadir untuk bersama dengan , pentadbir, warden asrama, guru-guru panitia Pendidikan Islam, guru-guru berserta pelajar asrama dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.

Program dimulakan dengan tahlil dan tazkirah oleh Ustazah Shamsiah di surau sekolah dan kemudian bergerak ke dewan makan asrama untuk berbuka bersama. Selesai berbuka, semua hadirin solat maghrib dan kemudian mendengar amanat dari yang berbahagia timbalan pengarah. Solat Isyak dan solat tarawikh dan acara di surau diakhiri dengan penyampaian cenderahati.

Sesungguhnya program Iftar Jama'ie ini merupakan program tahunan jabatan pelajaran Melaka dengan sekolah-sekolah berasrama di negeri Melaka dengan pegawai dari jabatan bergilir-gilir turun untuk bersama pelajar asrama. Objektifnya ialah supaya dapat mengukuhkan ukhuwah islamiyah yang memang sudah sedia terjalin antara Jabatan Pelajaran dengan warga asrama juaga sebagai memberi semangat kepada semua warga asrama supaya dapat menjalankan ibadah puasa di asrama dengan sabar.

Bahang Peperiksaan Sudah Tiba

Peperiksaan Percubaan PMR sedang berlangsung dari 16 Ogos - 20 Ogos 2010 dan Ujian bulan Ogos untuk Tingkatan 1, 2 dan 4.dari 16 Ogos - 18 Ogos. Tingkatan lima masih boleh mengulangkaji pelajaran lagi tapi naik dari Cuti hari Raya Aidil Fitri ni, siaplah Peperiksaan Percubaan SPM pula.

Walaubagaimanapun, Selamat menempuh peperiksaan dengan tenang. Selamat Maju jaya!.