Ceramah Pencegahan Jenayah



19 Julai 2010 - Majlis Perkongsian Ilmu mengenai Pencegahan Jenayah di kalangan remaja perempuan di sempurnakan oleh ACP Salahuddin (Ketua Polis Daerah Melaka Tengah). Beliau menegaskan bahawa mencegah lebih baik daripada merawat (pervention is better than cure) menghindari dari melakukan seks bawah umur, membonceng motor kawan lelaki(mat rempit), terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan melakukan jenayah vandalisme.

BULAN KECERGASAN

Bulan Kecergasan dirasmikan pada 5 Julai 2010 oleh Pengetua SMK TPMdan diserikan dengan persembahan senamrobik oleh pelajar tingkatan 4.



Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang bulan ini, antaranya ialah pertandingan senamrobik, senaman lima minit setiap hari Rabu dengan pelbagai rentak lagu seperti poco-poco dan chicken dance. Dan penututupan dilakukan pada Sabtu 31 Julai 2010 serentak dengan Karnival Kokurikulum. Moto Kami : Kekal sihat cara STPM. Badan sihat dan cergas serta minda cerdas.

BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENGENALAN

Bulan teknik dan vokasional dirancang oleh panatia-panatia dibawah Bidang Teknik dan Vokasinal bagi memupuk minat yang lebih mendalam terhadap matapelajaran dibawah panatia.Usaha yang diadakan ini dapat mempertingkatkan potensi mereka selain daripada pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah.Aktiviti yang diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar menonjolkan diri dan bakat didalam diri masing-masing.

MATLAMAT

Membolehkan pelajar mengapplikasikan pengetahuan sedia ada kdepada situasi sebenar.

OBJEKTIF


  • Menyemai perasaan saling bantu membantu antara satu sama lain
  • Mencetuskan pemikiran kreatif dan bakat disamping pembentukan nilai dan konsep diri
  • Memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dari aspek kemahiran hidup.
  • Meningkatkan daya motivasi dan insaniah yang tinggi

KUMPULAN SESARAN

Semua pelajar SMK tinggi Perempuan Melaka yang mengambil mata pelajaran Teknik dan Vokasional

Majlis Temu Mesra




Majlis temu mesra di adakan 26 Jun 2010. Majlis Kilauan Berlian juga diadakan untuk meningkatkan usaha pelajar ke arah mencapai kecemerlangan. Ibu bapa hadir untuk mengambil rekod peperiksaan pertengahan tahun dan bertanyakan prestasi pelajar

Pertandingan Wind Okestra ke 12







Pertandingan awal Wind Orkestra kali ke XII antara sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster tahun 2010 di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban dari 23 hingga 26 Jun 2010. Terdapat 8 buah sekolah dalam division 2 termasuk SMK Tinggi Perempuan Melaka. SMKTPM mendapat tahap gangsa. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat.
SMK Tinggi Perempuan dapat gangsa