Bulan Bahasa

Sepanjang bulan Feb 2010, SMKPTPM mengadakan bulan Bahasa. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya, Pertandingan Choir Bahasa Jepun, Pementasan The Necklace, Bercerita dan banyak lagi aktiviti yang disertai oleh warga SMKTPM.

Visi dan Misi


Visi Sekolah

SMK Tinggi Perempuan Melaka Sekolah Cemerlang dan Terunggul
SMK Tinggi Perempuan is an Excellent dan Outstanding School


Misi Sekolah

1. Pencapaian akademik yang cemerlang dan berkualiti.
Excellent and quality academic achievement.

2. Pencapaian kokurikulum gemilang dalam semua peringkat.
Glorious and honourable school residents.

3. Warga sekolah yang berbudaya dan sahsiah mulia.
Cultured and honourable school residents

4. Iklim sekolah yang kondusif dan selamat.
Conducive and safe school environment

5. Permuafakatan pintar dengan komuniti dan agensi luar.
Smart partnership and consultations with external agencies and communities.

Lagu Sekolah

LAGU SEKOLAH

MAJULAH SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA
TEMPAT KUMTUM-KUMTUM BUNGA KEMBANG DAN MEKAR
INDAHNYA MENGHIASI JAMBANGAN NEGARA
DI SINI PUTERI PERTIWI BERMULA
SEGALA ILMU DITUNTUT SEPENUH HATI
DALAM SUKAN BERJUANG KUAT DAN BERBAKTI
GURU DIHORMATI IMEJ DIJUNJUNG TINGGI
SEJAJAR DENGAN NAMA YANG DIBERI
KEJAYAAN PENUH USAHA
KEMENANGAN BERWIBAWA
INILAH MATLAMAT SEMUA
DENGAN TIDAK MELUPAKAN NILAI-NILAI MURNI KITA
DEMI SEKOLAH YANG TERCINTA
PELIHARA SIFAT KETIMURAN KITA
BERSOPAN SANTUN SERTA BERAKHLAK MULIA
BERPELAJARAN TINGGI SIHAT DAN SEJAHTERA
PELAJAR SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA
Lagu : Mat Mohd Sidik
Lirik: Zaiton Hj. Ahmad

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka ini terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2km dari Bandar Melaka. Ia terletak di Jln Tun Fatimah, Durian Daun, 75400 Melaka. Terdapat beberapa sekolah di kawasan tersebut antaranya SMK Tun Tijah dan sebuah institut perguruan iaitu Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Sekolah ini adalah sebahagian dari sekolah Menengah Gajah Berang pada 1959.


Pada tahun 1961 berpindah ke lokasi sekarang. Sewaktu awal penubuhannya hanya 414 pelajar perempuan memulakan sesi persekolahan. Pada ketika itu sekolah menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pada 1965 bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan Melaka ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada 16.11.1962. Terdapat 11 bangunan pada pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah lok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dewan, sebuah pusat sumber dan sebuah lagi bangunan tiga tingkat yang masih dalam pembinaan.


Aliran Sains bermula sejak tahun 70an dan kini telah meningkat kepada enam buah kelas. Bagi aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak di Sekolah Menengah Gajah Berang) dan kini jumlahnya sebanyak 6 buah kelas kesemuanya. Bilangan guru pada awal penubuhannya hanya 29 orang. Manakala bilangan pekerja pula 5 orang. SMK Tinggi Perempuan pada awal penubuhannya juga di kenali sebagai Malacca Girls High School (MGHS).Bersesuaian dengan nama sekolah ini, ia ditubuhkan khas untuk murud-murid perempuan sahaja dari awal hingga kini.

Selamat Tahun Baru Cina


Kepada warga sekolah selamat tahun baru cina... dan selamat bercuti