SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka ini terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2km dari Bandar Melaka. Ia terletak di Jln Tun Fatimah, Durian Daun, 75400 Melaka. Terdapat beberapa sekolah di kawasan tersebut antaranya SMK Tun Tijah dan sebuah institut perguruan iaitu Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Sekolah ini adalah sebahagian dari sekolah Menengah Gajah Berang pada 1959.


Pada tahun 1961 berpindah ke lokasi sekarang. Sewaktu awal penubuhannya hanya 414 pelajar perempuan memulakan sesi persekolahan. Pada ketika itu sekolah menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pada 1965 bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan Melaka ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada 16.11.1962. Terdapat 11 bangunan pada pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah lok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dewan, sebuah pusat sumber dan sebuah lagi bangunan tiga tingkat yang masih dalam pembinaan.


Aliran Sains bermula sejak tahun 70an dan kini telah meningkat kepada enam buah kelas. Bagi aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak di Sekolah Menengah Gajah Berang) dan kini jumlahnya sebanyak 6 buah kelas kesemuanya. Bilangan guru pada awal penubuhannya hanya 29 orang. Manakala bilangan pekerja pula 5 orang. SMK Tinggi Perempuan pada awal penubuhannya juga di kenali sebagai Malacca Girls High School (MGHS).Bersesuaian dengan nama sekolah ini, ia ditubuhkan khas untuk murud-murid perempuan sahaja dari awal hingga kini.